Bridge - 39 orang yang sedang bermain!
Bridge adalah permainan percuma daun terup klasik secara online yang dimainkan oleh 4 orang dalam 2 pasukan beregu dengan paket 52 kad.
Belum memiliki akaun?
Maklumat Pantas Cara Permainan
Bagaimana untuk memulakan permainan?
- Klik sama ada di butang Main Sekarang di atas atau lihat bawah dan pilih bilik yang anda ingin bermain. Permainan adan di buak di tetingkap baru.
Peraturan MULA SEGERA 60-saat
Peraturan permainan dalam 60 saat
Permainan dimainkan oleh empat pemain dengan berpasangan. Pemain dari pasangan yang sama duduk bertentangan satu sama lain. Set 52 kad diperlukan dalam permainan ini. Permainan dimainkan seperti berikut:
- Pertama, semua kad dikocok dan diberikan kepada pemain, setiap seorang mendapat 13 keping. Set kad disimpan oleh dipanggil 'hand'. Permulaannya setiap 'hand' diketahui oleh pemiliknya sahaja.
- Permainan bermula dengan membida, iaitu dengan membida dan menawarkan bilangan helah yang perlu diambil dan suit yang diingini oleh pemain sebagai 'trump'. Perjanjian eperti itu dipanggil 'kontrak'. Terdapat pelbagai jenis bidaan, bukaan dan konvensyen. Maklumat lanjut sila rujuk bahagian GLOSARI atau KONVENSYEN.
- Apabila tiada orang yang membida (setiap orang lulus), permainan dihentikan dan kad dikocok dan diberikan kepada pemain semula. Seorang pemain membuat bidaan dan tiga lagi lulus, bidaan ditamatkan. Pemain yang terakhir membuat bidaan menjadi pengumum dan perlu menyedari tentang kontrak tersebut. Pasangan meletakkan kadnya di meja dan menjadi boneka, bermakna ia dikeluarkan dari permainan dan pengumum menjaga kadnya.
- Kini permainan boleh dimulakan semula. Setiap pusingan setiap pemain menjatuhkan satu kad dan ia mengikut arah jam. Kad keempat yang tertinggi menang dan ia diambil oleh pemain yang mempunyai kad tertinggi. Set kad tersebut dipanggil helah. Dalam satu permainan terdapat tiga belas helah. Setiap pemain perlu letak kad dalam suit bukaan, iaitu suit kad pertama yang dijatuhkan di meja.
- Apabila permainan tamat, pemain mengira bilangan helah yang diambil setiap pasangan, dan meletakkan semua mata terkumpul. (Bagi peraturan menskor rujuk bahagian PERMAINAN). Pengumum memenangi kontrak jika dia mengambil bilangan helah dalam bidaan campur enam. (Contohnya pengumum memenangi 4 bermakna sekurang-kurangnya 10 helah diambil oleh pasangan pemenang). Jika kontrak kalah (helah lebih sedikit dari bilangan yang diumumkan), pihak lawan mendapat mata. Ia dipanggil penalti 'undertrick'.
lebih maklumat: Peraturan Bridge | Pautan Wikipedia





